♥Fatin Sabrina♥ ツ
WELCOME YAWW!


A MIRACLE is another name for an effort :)♥

Entry About Links Goodies

SHOUT!


PUT YOUR AWESOME CBOX OR FIBOX HERE !

THANKS!COME AGAIN LATER!


Template by : Zahirah Aira
Basecode by : Liyana Izzati
Others :


15.3.2013

ASSALAMUALAIKUM

dah berbulan bulan lalunya aku tak update blog, dan tibalah harini terasa nak update. ceh ayat tak boleh blah dah lah tunggang langgang. actually dua hari yg lepas birthday Fatin,so hari sebelum sebelumnya aku plan dengan Syafiqah supaya beli kek petang tu. fikir tak nak bagitau sesiapa, tapi entah macam mana haritu 2 3 orang dapat tahu XD tiba hari yang dinantikan. petang tu, aku,Syafiqah dengan Izati pergi makan tengahari berasingan dengan Fatin dan lain lain. lepas kitorang dah makan tu, kitorang cepat cepat pergi kedai kek dekat seberang jalan tu. dekat kedai kek tu, kitorang beli kek,pinggan and spray. hahahaha, lepastuuu, time tengah jalan tiba tiba lighter lupa nak beli XD so kitorang decide untuk pergi beli dekat ceria99. dah beli tu cepat cepat kitorang lari balik ke sekolah.
aku yang pilih tau. sedap gila.

Time pasang lilin tu, Fatin dengan yang lain kata nak pergi surau. wuh, memang gampang lah kan habislah cair lilin tu nanti. nak tak nak, kitorang tipu dia yang Syafiqah sakit so dia berlari pergi dekat kelas. dia sampai je kat kelas, haa amik kau, kena spray dengan kitorang. hahaha, and then dia pun tiup lilin :)

*pedulikkan orang belakang*

nampak tak ke-happy-an dia? hahaha,lepas dah potong kek , makan semua, apa lagi? spray!! tepung! XD habis bersepah kelas. aku juga yang kemas LOL. then, dah puas main dorang sibuk bergambar. gambar aku sikit je sebab apa? sebab malas :3 

     

*BBFFFFFFFFFF* syafiqah,fatin and meee. LOL

 *ehem, ini dia crew crew yang terlibat. yang dua orang kat depan sekali tu manager dia. Manager yang AWESOME k* 

muka zombie.

nak tau kenapa kitorang stay? sebab ada kawad. bagi akulah, haritu , the best day ever. sebab ada sebab sebab lain juga. nak tau? okay tak payah tau. 



13 February

ASSALAMUALAIKUM

hye, im back *cough*. kenapa lama tak on? laptop rosak der. berbulan bulan tunggu. hahahaha. k tak lawak. korang nampak tak tajuk entry tu? nampak kan? 13 FEBRUARY , tahu hari apa? hari aku dilahirkan oleh ibu kesayangan aku.



yang ni agaknya bila aku dah kaya baru aku dapat.

okay sambung. time tu hari rabu, and waktu tu juga sekolah aku cuti seminggu. dalam seminggu tu pula aku ada kawad! aku takde nya nak merungut ke apa sebab no kawad no life. kononlah. hohoho. dah pukul 8pagi tu aku sampai sekolah and then terus masuk kelas jumpa kawan kawan aku. kawan aku pun wishlah aku^^ thank you thank you :') dah pukul 8 lebih tuh semua budak krs termasuk budak lelaki berbaris and buat 3 barisan. wahahaha, tak payah nak bayangkan sangat lah kan. lepastu lepastu kitorang semua pergi dekat anjung ilmu and tetiba dorang semua nyanyikan lagu 'Happy Birthday' :') sweet tak sweet tak? okay aku tak show off, ini blog aku so sukati akulah nak buat apa. 

okay sekarang time kat rumah. malam tu kitorang satu family sambut birthday. potong kek lepastu tangkap gambar. posing sana posing sini.

                   
3 diva. cewwah, takde diva mana pun. comelkan kitorang? aku tau. hohoho

lepas dah tangkap gambar tu kitorang pergi keluar nak dinner. tahu dekat mana? dekat Pizza Hut~ kau ada? mestilah ada. lol. time dekat pizza hut pula, ayah pergi beli pizza yang bentuk love. fuyooo, special XD aku lupa nak snap gambar tu kalau tak boleh post. hmm, takpelah korang trylah bayangkan tau. hahaha.

lepas dah makan makan makan tu, pergi balik rumah, cakap terima kasih,check twitter,check facebook dan tidur :)

comel.

Wedding Akak Kak Eqa ♥

ASSALAMUALAIKUM

haha, awal awal lagi aku dah gelak. okay, harini aku nak cerita pasal wedding akak kak eqa,kawan kakak aku. dia buat dekat clubhouse dekat ngan rumah aku. actually wedding ni semalam(AHAD) tapi aku post harini. semalam tak sempat nak post semalam. hehe :3 waktu tu aku rasa teruja sangat sebab kakak aku cakap Tim (budak German muka macam Justin Bieber *melt) ada datang sekali. dia datang ngan kak Kala,pon kawan akak aku juga. bila dapat tahu news tu, apa lagi, aku pon mekap tebal *tak tebal pon sebenarnya*. then dah pukul 12.40pm,kitorg sefamily bertolak pergi clubhouse. bila dah sampai clubhouse tu, tetiba kakak aku cakap yang akak Kala dah balik, so that's mean Tim pon dah takda :( punyalah hampa aku. boleh frust menonggeng tau tak.   

dengan hampanya aku pon joinlah juga wedding tu. aku pon salam salam lah mak and adik beradik kak Eqa. so then, kitorang pon pergi ambil makanan untuk dimakan *auummm* lepas makan, kitorang bergambar. nasib baik meja kitorang dekat dengan pemandangan tasik. hahaha. 

*cikabumbum*bersama adikku yang comel tapi annoying :*

tu, nampak tu muka aku yang comel =^.^=. eh sorry typo, *muka adik aku yang comel. hahaa XD okay, mana cukup snap kat luar, snap kat dalam dewan sekali! tapi tak snap ngan raja sehari ah ~_~ malu kot. hehehe :3 lepas dah tangkap gambar tu, apa lagi, baliklah........... nak balik tu, kitorang berlima dapat giftbag yang berisi M&M!!! aku memang suka coklat especially kitkat :9 okay, back to the story. tetiba hujan lebat, dengan sukarelanya ayah berlari menuju ke kereta. tengoklah ayah siapa tu sanggup berkorban demi keluarga :* haha.

dah sampai rumah~ *sorry nak cepatkan cerita* 

sampai je rumah kitorang pon tukarlah baju then lepak lepak macam biasa. aku pon mengambil kesempatan untuk membelek belek fon mama. ada satu text from cousin aku, aku buka then aku baca kuat kuat. lepas dah baca tu, aku macam tak percaya. cousin aku cakap yang dia punya *ehem ehem* ada dekat wedding tadi! :O nama dia 'Azrai' uwaaaa, sedapkan nama? actually aku tak tau eja dia macam mana but sebutannya macam tu ;3 abang Azrai tu sebenarnya kawan kakak kak Eqa, waaa, macam tak percaya je kan? hehehe, takdir~ 

time out! hahaha, sampai sini saja k? byee :* btw, comelkan aku? :P




Budak baru



ASSALAMUALAIKUM

AHAD. hari yang sedap untuk tidur sebab hujan. mula mula lebat pastu makin reda. kalau nak tengok tv adik aku dah rampas remote tu dulu alasan sebab nak tengok spiderman 3. konon kononnya nak nyanyi mcm mary jane tuu. dah takde kerja lain, online jelah. wakakakaka. actually kalau korang bandingkan entry ngan starting aku memang takde kena mengena. aku memang tak pandai nak mulakan ayat sebenarnya. ayat pon macam kap lam ya nga. okay macam nilah, kalau korang tengok entry aku korang pon taulah yang aku ni budak blogger baru. takdelah baru mana pun, ada juga buat blog sebelum sebelum ni tapi tak pakai sebab dulu aku malas nak story story. then dalam beberapa hari ni, aku asyik buka blog someone ni sebab nak check ada post baru ke tidak. dia bukan budak sekolah pon tapi tweetfamous. even blog dia biasa biasa je, tapi dia punya post gila AWESOME . nah, ini blog dia http://eijatabdullah.blogspot.com/ bila baca post diakan, mesti ada je ayat kelakar. kalau korang cakap tak awesome, memang dah sah korg ada masalah mental. so aku boleh hantar korang kat tanjung rambutan^^ ye aku tau aku baik, jangan puji sangat k? :p okay, kembali kepada cerita sebenar. lepas beberapa hari tu, tetiba aku ada niat nak update blog. so aku rancang aku nak buat blog baru then guna blogskin. hahaha. so today, sekarang, aku berjaya! chewaaahh. even aku ni budak baru, jangan korg nak cuba buli aku sebab aku bukan barang mainan untuk di buli. and aku pantang betul ngan orang terlebih carut ni. lebih lebih lagi carut depan aku. korang pernah dengar tak peribahasa ni "Kerana mulut, kereta binasa" ? kalau korang buat dekat aku, korang akan di kerjakan. hahaha *gelak kejam* 



agak kejam kan aku? tapi sebenarnya dalam hati ada taman~ tapi, senantiasalh berhati hati k? itu sahaja nasihat aku. hahaha. okay, maybe sampai sini je kot post pembukaan aku. so see ya in the next post fellas! ;)